Tuesday, 28 February 2012

TARBIYAH ITU KEHIDUPAN


Assalamualaikum w.b.t


Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)



Disebabkan begitu penting memiliki akhlaq yang mulia, 
maka Rasulullah SAW telah diutus untuk menjadi qudwah hasanah untuk sekalian ummat Islam. 
Baginda sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaqnya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman yang artinya:
'Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4).
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu 
sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pendetailan Ciri:
1. Tidak takabbur
2. Mempunyai pendirian
3. Tidak menipu
4. Tidak mencaci
5. Tidak mengadu domba
6. Tidak mengumpat
7. Tidak berdusta
8. Tidak mengejek
9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
10. Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
11. Mengasihi orang yg lebih muda
12. Menghormati orang yg lebih tua
13. Menunaikan janji
14. Menundukkan pandangan
15. Menjaga rahsia
16. Menutup dosa orang lain
17. Cemburu terhadap isteri
18. Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

 Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)



Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip pegangannya kerana tidak memiliki kekuatan dari segi ekonomi. 
Kerana itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin. Seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya
 agar dia boleh menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. 
Perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an maupun hadith dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
Pendetailan Ciri:
1. Mejauhi pekerjaaan yang haram
2. Menjauhi riba
3. Menjauhi judi
4. Menjauhi penipuan
5. Menunaikan zakat
6. Membuat simpanan walaupun sedikit
7. Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
8. Memelihara harta awam
9. Memelihara harta peribadi


Wallahua'lam..

Monday, 20 February 2012

MUHASABAH BUAT REMAJA


Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah S.W.T:
”[1]Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;”
(Surah Al-Mu’minun 23: 1-9)

Remaja. Ya, anda.  Jom! Mari kita sama-sama bermuhasabah. Melalui garis panduan yang telah Allah tunjukkan kepada kita dalam 9 ayat daripada Surah Al-Mu’minun ini, dapatlah kita sama-sama melihat. Muhasabah kembali. Apakah kita layak menjadi orang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya?

Di ayat yang pertama lagi. ”Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,”  kita telah mampu membuat gambaran melalui first impression, dan menambah keyakinan dalam hati kita bahawa agama Islam merupakan agama yang sempurna. Tiada yang perlu diragui lagi. Tak dapat disangkal lagi. Yakinlah wahai remaja sekalian! Islam bukanlah agama yang mengongkong kita. Islam juga bukanlah agama yang ekstrem. Malah, Islam adalah cara hidup. Mari kita perhatikan Firman Allah S.W.T yang berikut:
”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan menyeluruh”
(Al-Baqarah 2: 208)

Ramai dalam kalangan kita yang solat. Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita ”Aku menunaikan solat, tapi mengapa aku masih sukar atau sering melakukan ma’siat, sedangkan Allah pernah berfirman:
 “ Dirikanlah solatsesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Ankabut: 45)
Sahabat sekalian, mari mencari jawapannya. Saya percaya anda sendiri sudah sedar bukan? Perhatikan kembali ayat kedua dalam Surah Al-Mu’minun tadi. “ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;” Khusyuk kah kita dalam solat? Cuma kita sendiri yang dapat menilainya.
Oleh itu sahabat, disinilah pentingnya ilmu. Memperbaiki cara solat kita. Janganlah biarkan pemikiran kuno mempengaruhi kita. Pemikiran seperti  ”Tiada ustaz yang nak ajar kami, jadi kami tak tahu. Tak apa, sesungguhnya  Allah Maha Mengasihani, Allah tidak menyeksa hambanya yang tak tahu. Allah itu tidak zalim. Tak Mengapa.”

Benar, Allah tidak zalim. Tapi sahabat, bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan di zaman ini. Menuntut ilmu tidaklah sesukar para ulama dahulu. Walaupun dalam ketika kerosakan ummah sedang berlaku, ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk menuntut dan mencari ilmu agama bagi memantapkan akidah dan ibadah kita. Juga, ketahuilah bahawa menyempurnakan solat kita juga merupakan satu tuntutan. Inisiatif perlu diambil bagi mencari ustaz atau guru untuk mengajar kita dalam hal ini. Ingatlah, ilmu itu tidak datang dengan sendirinya. Tiada kejayaan yang datang dengan sendiri. Allah S.W.T berfirman:
”Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)”  (An-Najm 53: 39-40)
Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita melalui kaedah bermuhasabah ini. Sedarkah kita, bahawa kitalah generasi yang akan menerajui perjuangan Islam dan pelapis pemimpin negara setelah perginya pemimpin-pemimpin yang dihormati sekarang. Sahabat, mungkin kita semua perlu menjadi pakar dalam bidang masing-masing seperti Pakar Teknologi, Pakar Math, Pakar Biologi, Pakar Fizik, Pakar Kimia dan lain-lain. Kita harus bergabung bagi membentuk sebuah empayar Islam yang baru! Generasi dahulu telah membuktikannya! Takkan kita hanya hanyut dan lena dibuai kisah cinta sahaja?

Mari kita soroti kembali kisah kejayaan seorang tokoh ilmuwan Islam yang tak asing lagi bagi kita. Beliau adalah Ibnu Sina. Ibnu Sina atau dikenali sebagai  Avicenna di Negara Barat telah mengkhatamkan hafazan Al Quran pada usia yang sangat muda dan telah dapat menjaganya dengan baik pada usia 10 tahun. Kegigihan beliau dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan lagi dengan terhasilnya karya yang sangat terkenal dan menjadi sumber rujukan selama berabad-abad iaitu Qanun fi Thib (Canon of Medicine). Ibnu Sina  telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku “Metafizik Aristotle” sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

Seperti ilmuwan lain Ibnu Nafis, Ibnu Sina, Al-Batani, Newton, Einstein, Kepler, Plato, Aristotle dan ramai lagi ahli ilmu, ahli falsafah dan ahli fikir memulakan aktiviti saintifiknya dengan berfikir. Genius ini ialah memiliki kekuatan berfikir yang luar biasa. Bila melihat langit, bintang-bintang, system cakerawala, hujan yang turun, petir dan  kilat yang sambar menyambar, sakit dan kematian, ia mendorong mereka berfikir. Hasil daripada pemikiranlah yang melahirkan tanggapan dan kesimpulan terhadap sesuatu. Daripadanya, suburlah ilmu dan kehidupan akan menjadi lebih bermakna.
Mari kita sama-sama menghayati Firman Allah S.W.T:
“dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepadaKu”

(Az-Zariyat 51:56)

Hakikatnya, setiap apa yang kita lakukan adalah untuk Allah. Setiap kejayaan yang diraih. Setiap kegagalan yang menduga. Setiap nikmat yang dikurniakan. Setiap musibah yang melanda. Semuanya telah Allah tetapkan. Semua itu adalah dalam pengetahuanNya. Redha dengan ketentuanNya merupakan satu kekuatan yang amat besar. Satu kisah yang diceritakan, bahawa si fulan bertanya kepada seorang kanak-kanak  yang kematian ayah kandungnya di Afghanistan akibat ditembak oleh musuh Allah, “Kamu tak sedihkah? Sedangkan ayah kamu mati ditembak oleh musuhNya?” Kanak-kanak itu menjawab tanpa ada riak sedih pada wajahnya “Tak. Ayah aku tak mati. Dia cuma pergi berjumpa Allah di alam lain”. Subhanallah. Sebegitu kuat keyakinannya terhadap agama ini. Walaupun pada kebiasaannya, seorang kanak-kanak seusia 8 tahun itu akan menangis meratapi pemergian ayahnya. Tetapi tidak pada kenak-kanak ini.  Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup tapi kamu tidak menyedarinya” (Al-Baqarah 2 : 154)
Akhir kalam, saudara sekalian. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepadaNya kerana masih dikurniakan nikmat paling besar dalam kehidupan insan. Tanpanya, kehidupan insan itu tak lagi bernilai. Itulah nikmat iman. Marilah kita mengukuhkan iman dengan ketaatan kepadaNya.
Semoga apa yang kita perolehi, dapat sama-sama kita amal dan sampaikan. InyaAllah.

Wallahu a’lam.

Thursday, 9 February 2012

RASULULLAH SAW

Assalamualaikum w.b.t


Kali ini ana kongsikan serba ringkas tentang biodata dan sejarah hidup rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah..Marilah kita merafatkan setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat perjuangan Baginda dan para sahabat, kita dapat merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Terdetik di hati ana untuk berkongsi kronologi hidup Baginda SAW kali ini sempena Maulidur Rasul. Marilah kita sama-sama mengenali insan teragung di atas muka bumi. Semoga cinta dan rindu kita terhadap Baginda akan bertambah.Insya-Allah.





BIODATA RASULULLAH S.A.W.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).

  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.




NABI MUHAMMAD SAW – MANUSIA AGUNGKENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona…
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan…
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Sabda Rasulullah SAW:
 “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Insya-Allah kita dapat ambil ibrah dari kisah hidup Rasulullah SAW..Wallahu a'lam ^__^