Friday 13 January 2012

KHUSYUK DALAM SOLAT


Assalamualaikum w.b.t

Insya-Allah kali ini ana ingin kongsikan tips2 untuk khusyuk dlam solat..Melihat kepada kepentingan khusyu‘ dalam sembahyang itu maka ana utarakan di sini sebahagian tip ringkas atau panduan yang boleh digunapakai untuk memandu diri kita ke arah perlaksanaan ibadat sembahyang yang khusyu‘..Jika sahabat2 ingin huraian yg lebih lanjut bolehlah baca daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ustaz Ismail Kamus.. ..


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Khusyu‘ dalam sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya
mestilah dilaksanakan dengan sempurna. 

Sabda Rasulullah s.a.w :

الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ
وَتَمَسْكَنُ......
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyu‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Khusyu‘ dalam sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka
sebagai orang mukmin yang berjaya.

 Allah Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.”
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Untuk mendapatkan khusyu‘ dalam sembahyang hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi dari aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar sembahyang, sebelum seorang itu mendirikan sembahyang.

Berikut adalah beberapa tip yg diambil drpd buku Indahnya Hidup Bersyariat yang boleh dibuat untuk membantu menimbulkan khusyu‘ dalam sembahyang:

1] Sentiasa melakukan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid).
2] Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3] Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4] Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan           supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5] Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6] Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7] Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8] Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9] Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang maha Agung dan maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10] Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11] Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Qur’an dan segala zikir.
12] Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa jua bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13] Memandan ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
14] Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15] Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
16] Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17] Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.



Begitulah beberapa tip yang boleh ana kongsikan untuk dijadikan panduan untuk mendapatkan khusyu‘ di dalam sembahyang. Memang tidak dinafikan, terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyu‘ di dalam sembahyangnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tip atau panduan.



Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha untuk mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon doa kepada Allah Ta‘ala supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyu‘ dalam beribadat kepadaNya..Insya-Allah ^_^




1 comment:

  1. Banking and PaymentsA necessity 카지노사이트 of all online gambling sites is a range of safe banking options

    ReplyDelete